Thursday, 26 July 2012

** Kisah cinta & hatiku **

Kalau aku mampu mengertikan hati ini...
aku tak kan biarkan ia terus terluka..
terlalu mengharap yang tidak pasti...
terlalu menyintai yang bukan miliknya
namun,aku tak boleh nafikan yang aku masih menyintainya
sampailah sekarang...
Ya Allah...


** Assalamualaikum & salam sejahtera sahabatku sekalian... **


aku ingin meluahkan isi hatiku yang selama ini aku pedam,dan tiada siapa yang tahu...Sedia maklum bahawa aku telah lama merasakan kesunyian & kesengsara yang aku sendiri tidak dapat lenyapkannya...
dan hanya sahabatku menjadi penghibur dan penawar luka,duka dan kesunyianku...
aku masih tidak mengerti mengapa cinta yang dia tinggalkan dalam diriku tidak dapat ku lenyapkan dari diri ini.Semakin aku melupakannya,semakin aku mengingtinya..
walaupun aku tahu yang dia sekarang telah melupakan ku dan telah menghapus kenangku dengan nya..
aku tidak memahami mengapa perpisahan kali ini terlalu membebankanku
sedangkan dia terlalu mudah untuk melupakan ku...
mungkin nasibku kurang baik ketika mengenali dan jatuh cinta dengannya...


cintaku dengan dia seperti cinta antara darjat...
dia yang kaya dan diriku yang miskin
dia yang pintar dan aku yang bodoh
dan akhirnya dia yang menag dan aku pula yang tewas...


Ashmah, " Jangan menyerah "...selagi engkau hidup maka masih adalah peluang kebahagian dalam hidupmu...
Hatiku memujuk, sedang fikiran ku yang ter lemah dan kalah...
Ya Allah,kiranya dia bukan jodoh buat..
Hilangkanlah ingatan pada dirinya..
namun,dialah jodoh untuk ku..Engkau bantulah ku untuk kembali dia padaku semula..


** Kisah cinta yang penuh dugaan **


Sanggupku melihat dia bahagia
Sanggupku melihat dia berjaya
Sanggupku melihat dia menjadi milik orang lain..


Walaupun,hatiku **Patah Seribu** kerana dia yang aku cintai...

Tuesday, 24 July 2012

Hari -hari kita

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa,tiada banyak aktiviti yang mampu kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini..Namun bukan bermakna kita jadikan berpuasa sebagai alasan untuk kita menggelak sebarang tugas dan aktiviti yang perlu kita laksanakan.

Ya!! Memang tidak mudah untuk kita melakukan kerja dalam keadaan kita sedang berlapar dan dahaga.Namun, sahabatkuku sekalian sesungguhnya ada hikmah dan rahmat kepada anda yang melakukan kerja yang diamanahkan kepada kita dengan jujur serta ikhlas kerana Allah S.W.T.

Ramadhan merupakan bulan yang mencabar untuk kita,Bukan saja kita hanya dituntut untuk menahan lapar dan dahaga di siang hari,kita juga perlu menjaga tatatertib kita serta meningkatkan keimanan diri kita.

Kita harus menjaga percakapan kita
menjaga hati semua pihak
menjaga maruah diri,keluarga dan agama
menjaga perlakuan kita
menjaga silaturahim sesama manusia

dan semua kehendak Allah S.W.T..
kita umatnya harus ingat-mengingati sesama diri..
jangan terlalu alpa kerana keindahan dunia
sedangkan dunia ini hanya sementara..

_menjaga diri untuk diri sendiri_

Sunday, 22 July 2012

** Ramadhan Ini **


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabatku sekalian...


Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan bahagia.Sekian maklum,kita sekarang tengah menghadapi bulan puasa iaitu bulan Ramadhan yang penuh mulia dan bermakna.Harap amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T. dan diredhai oleh_Nya. Amin...


Sepanjag bulan Ramadhan ini,ku harapkan sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup.Walaupun, permulaan bulan Ramadhan ini aku dan keluargaku kehilangan haiwan peliharaan kesayangan kami..
Kami tetap redhai kepergiannya...Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang mengejut ini..


Ku memohon agar keluargaku serta kenalan ku akan berada dalam keadaan sihat sentiasa dah bahagia disamping orang yang disayangi.
     
** Agar Ramadhan Tahun Ini Amat Bermakna**
** sayang & kasih Ahmoi Chantek Untuk Semua **

Sunday, 15 July 2012

Takdir Aku

Assalamualaikum & Salamsejahtera sahabatku...
Hari ini mungkin nasib ku kurang baik. Harapan aku untuk melangkah ke "Menara Gading" tidak kesampaian untuk mendapat ijazah pertamaku. Aku harapkan aku tak akan berputus asa,mungkin ada hikmah di sebaliknya...
Namu,sekarang aku hanya tidak mampu untuk menyembunyikan kekecewaan aku itu bila berhadapan dengan mereka yang terlalu mengharapkanku..
Mungkin senyuman tawa ku dapat melindungi watak ku di hadapan mereka,namun hati ku...
Hanya Tuhan yang tahu...
Aku tahu munasabah diri...tawakal dengan apa yang terjadi..serta menerimanya dengan Redha...
namun hasrat ku memang hanya mimpi yang masih belum jadi kenyataan...
dan sekarang aku hanya berserah Takdir Aku kepada Allah S.W.T


_hati yang terluka tiada siapa yang mampu mengerti_

Friday, 6 July 2012

Love story


bila cinta mula berputir tiada siapa pun mengerti...
rasa itu mula muncul dengan sendiri
nikmak dapat kita rasai bersama
rasa bahagia sememang tidak dapat diungkap dengan kata2x
dan cinta itu sememang rasa yang ada dimiliki oleh semua manusia
di muka bumi ini
perbezaannya hanya bagaimana perjalanan kisah cinta itu dan
bagaimana orang menghargainya...
semua orang ada hak untuk menyintai dan dicintai
malah banyak orang kita cinta itu buta...
dan kuasa cinta dalam hati kita
memang kukuh dan utuh
da orang sanggup berkorban demi cinta
da orang sanggup berhabis demi cinta
anugerah perasaan ini dari Allah S.W.T
sememangnya indah serta setiap yang
dicipta oleh_Nya da pasangan masing2x..
kita harus syukuri nikmat ini sebaik-baiknya...